Malaysia Dijangka Gagal Capai Sasaran Defisit Fiskal Untuk 2025

defisit fiskal malaysia

Laporan Bloomberg bertarikh 17 Julai 2025 bertajuk “Malaysia To Miss Fiscal Deficit Target This Year, BMI Says” melaporkan bahawa Malaysia dijangka gagal untuk mencapai sasaran defisit fiskal bagi tahun 2025.

BMI yang merupakan sebuah unit penyelidikan di bawah Fitch Solutions melaporkan bahawa Malaysia akan mengalami kadar defisit yang mengecil secara marginal ke 4.0% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 4.1% pada tahun 2024 namun ia masih lebih tinggi berbanding sasaran rasmi kerajaan sebanyak 3.8%.

Kegagalan mencapai sasaran ini dijangka akan melambatkan matlamat kerajaan untuk menurunkan defisit ke pasaran 3.0% menjelang 2028.

Sebelum diterangkan dengan lebih lanjut, artikel ini akan menerangkan terlebih dahulu mengenai maksud defisit fiskal.

Maksud Defisit Fiskal

Defisit fiskal ialah keadaan di mana jumlah perbelanjaan kerajaan melebihi jumlah pendapatannya dalam tempoh masa tertentu yang biasanya untuk satu tahun fiskal.

Hal ini bermaksud kerajaan membelanjakan lebih banyak wang daripada apa yang dikutip melalui hasil seperti cukai dan lain-lain punca pendapatan tanpa mengambil kira dana yang diperoleh melalui pinjaman.

Dalam konteks ekonomi, defisit fiskal adalah satu indikator penting yang mencerminkan keadaan kesihatan kewangan kerajaan di mana pengurusan yang tidak berhati-hati boleh membawa kepada tekanan inflasi, kadar faedah meningkat dan potensi pengurangan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara.

Secara keseluruhannya, hal ini boleh disimpulkan bahawa defisit fiskal adalah situasi di mana kerajaan berbelanja lebih daripada hasil yang diperoleh, menunjukkan bahawa negara tersebut perlu mengurus sumber kewangan dengan lebih berhemah untuk mengelakkan risiko kewangan jangka panjang.

Apakah Punca Sasaran Defisit Fiskal Malaysia Gagal Dicapai?

Kerajaan menetapkan sasaran defisit fiskal untuk tahun 2025 adalah 3.8% daripada KDNK menurut sasaran rasmi kerajaan termasuk dalam Belanjawan 2025 dan laporan Kementerian Kewangan.

Namun begitu, seperti laporan yang diberikan oleh BMI menjangkakan Malaysia gagal untuk mencapai defisit fiskal sebanyak 3.8% dan hanya mencapai sekitar 4.0% sahaja.

Antara punca Malaysia gagal untuk mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 3.8% adalah kerana pertumbuhan ekonomi yang lembab sedang dialami oleh Malaysia.

Pertumbuhan ekonomi yang lembab dijangka memberi tekanan kepada hasil kutipan cukai dan pendapatan kerajaan yang dijangkakan turun kepada 16.4% KDNK pada 2025 daripada 16.8% pada 2024.

Keadaan ini dikuatkan lagi dengan dapatan BMI yang meramalkan pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia untuk 2025 adalah sekitar 4.2% lebih rendah daripada sasaran kerajaan antara 4.5% hingga 5.5% yang kini sedang disemak semula.

Bukan itu sahaja malahan corak perbelanjaan kerajaan juga menjadi punca dalam keadaan ini apabila kerajaan terpaksa berbelanja lebih melebihi anggaran yang ditetapkan.

Keadaan ini akan menyukarkan usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit seperti yang disasarkan di dalam Belanjawan 2025.

Walaupun kerajaan telah memperkenalkan pelbagai cukai untuk meningkatkan pendapatan negara, tekanan daripada perang perdagangan terutamanya tarif daripada Amerika Syarikat memberi kesan negatif kepada eksport Malaysia dan aktiviti ekonomi sekali gus menyukarkan usaha peningkatan hasil negara.

Selain itu, kerajaan mengalami tekanan untuk mengutip hasil pendapatan negara akibat harga minyak yang lebih rendah daripada jangkaan yang mana kerajaan sebelum ini menjangka harga minyak antara US%75 hingga US$80 setong yang mungkin terlalu optimistik menurut BMI.

Apakah Kesannya Kepada Malaysia?

Malaysia akan mengalami kesan yang jelas akibat kegagalan mencapai sasaran defisit fiskal ini apabila penarafan kredit kedaulatan Malaysia yang kini adalah tertinggi di kalangan negara membangun Asia Tenggara akan terjejas.

Penarafan kredit yang dilakukan kepada Malaysia adalah penilaian yang diberikan oleh agensi penarafan antarabangsa seperti Moody’s, S&P Global dan Fitch Ratings berkaitan kemampuan dan kesanggupan untuk memenuhi obligasi hutang serta kewajipan kewangannya secara tepat pada masanya.

Penarafan ini memberi gambaran tentang kesihatan fiskal dan ekonomi Malaysia di mata pelabur antarabangsa.

Apabila kerajaan gagal menguruskan defisit fiskal ini, hal ini dkhuatiri akan menyebabkan penurunan penarafan kredit yang menyebabkan keyakinan pelabur terhadap Malayasia akan turun.

Belum cukup dengan keyakinan pelabur yang akan terjejas malahan kerajaan akan menghadapi kos faedah yang lebih tinggi apabila meminjam dana di pasaran antarabangsa kerana risiko bagi pemberian pinjaman meningkat.

Kos pembayaran faedah meningkat dan kerajaan akhirnya berasa kurang mampu untuk berbelanja dalam pembangunan dan subsidi.

Hal ini dikhuatiri menjadi lebih teruk jika kerajaan akan terus memperkenalkan cukai baharu kepada rakyat bagi menampung perbelanjaan kerajaan yang semestinya membebankan rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sepatutnya sedar bahawa tahun 2025 adalah medan ujian yang terbesar untuk ekonomi Malaysia bagi mengelakkan Malaysia mendapat penarafan kredit yang rendah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
tarif trump malaysia

Trump Minta Syarat Pensijilan Halal Dipermudah Untuk AS Sebagai Syarat Turunkan Tarif Kepada Malaysia

Next Post

Ancient Myths and Modern Games: The Rise of Mythology in Entertainment 2025

Related Posts