Kuil haram: Kerajaan bela penceroboh? – BERJASA kritik cadangan KPKT

Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim mempersoalkan cadangan pemutihan yang dibawa Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung isu kuil yang didakwa dibina secara tidak sah di atas tanah persendirian atau kerajaan.

Menurutnya, cadangan tersebut bukan penyelesaian sebenar, malah berpotensi merumitkan keadaan sekiranya melibatkan pampasan atau pemberian tanah ganti.

“Isu pencerobohan ini mencerminkan kelemahan tadbir urus dan menjejaskan imej kuasa negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Perlu Komitmen Yang tegas berdasarkan undang-undang

Zamani berkata kerajaan seharusnya memperkemas penguatkuasaan berdasarkan undang-undang sedia ada, bukannya mengambil pendekatan pemutihan.

Beliau menggariskan beberapa tindakan yang menurutnya boleh diambil:

  • Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hendaklah membatalkan pendaftaran pertubuhan yang terlibat dalam pencerobohan;
  • Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlulah menyita bangunan yang dibina di atas tanah diceroboh;
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula mestilah membekukan akaun pertubuhan terlibat.

Menurutnya lagi, pencerobohan yang berlarutan selama bertahun-tahun tidak kira pemerintahan di bawah mana sekalipun menunjukkan wujud kelemahan kehendak politik serta kebimbangan kehilangan sokongan undi sehingga menyebabkan tindakan tegas tidak diambil.

“Kerajaan perlu tegas dan konsisten menegakkan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Isu berkenaan terus mencetuskan perdebatan awam, khususnya mengenai pendekatan terbaik menangani struktur rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran di atas tanah milik pihak lain.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kuil haram

Tegakkan Keadilan, Tamatkan Legasi Pencerobohan Tanah – BERJASA Desak Penguatkuasaan Saksama

Related Posts