Kilang Continental Alor Setar Tutup Bukti Pelaburan Negara Hilang Arah

kilang continental tutup

Kilang Continental di Alor Setar yang akan tutup pada hujung tahun ini membuktikan bahawa dasar pelaburan negara telah hilang arah dan tidak meyakinkan.

Kilang pembuatan tayar Continental ini telah mula beroperasi pada tahun 1979 dan menjadi tempat mencari rezeki bagi masyarakat sekitar di Alor Setar.

Mereka memberikan peluang kepada rakyat untuk mencari wang bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Malahan mereka juga datang ke sini kerana dasar pelaburan negara kita sebelum ini begitu jelas arahnya ditambah pula negara kita tidak kurangnya dengan tenaga mahir yang boleh menjadi pekerja mereka.

Antara sebab penutupan kilang ini adalah hasil semakan perniagaan secara terperinci yang bertujuan bagi melindungi tahap daya saing serta prestasi perniagaan syarikat tersebut di rantau Asia Pasifik.

Dalam erti kata lain, ia dilihat sebagai satu bentuk penyusunan semula global oleh syarikat pembuatan tayar daripada Jerman itu.

Kilang Continental Masih Ada Di China Dan India, Mengapa Di Malaysia Tutup?

Jika alasan penyusunan semula global diberikan sebagai sebab utama penutupan kilang Continental di Malaysia, hal ini boleh dipersoalkan kerana syarikat itu masih mengekalkan operasi kilang mereka di China dan India.

Kilang mereka di Heifei, China telah berjaya mengurangkan kos pengeluaran sebanyak 8.5 peratus kerana beralih kepada automasi dan tenaga bersih merujuk kepada laporan berita daripada Dagang News.

Malahan kilang di Heifei ini juga telah memasang panel solar yang menjana 27 juta kWh tenaga elektrik setahun dan mendapat pensijilan ISCC Plus.

Bukan itu sahaja malahan Continental turut membuat pelaburan sebanyak RM500 juta untuk meningkatkan kapasiti tayar trak dan bas sebanyak 30 peratus menjelang 2030.

Sungguh berbeza dengan apa yang dialami oleh Malaysia. Continental tidak melakukan perkara yang sama dengan kilangnya di Alor Setar kerana dilihat tidak berbaloi untuk terus kekal di sini.

Kerajaan perlu melihat perkara ini sebagai satu yang serius kerana menunjukkan bahawa Malaysia bukan lagi sebagai destinasi pelaburan utama syarikat besar.

Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia 2024 oleh MIDA menunjukkan nilai pelaburan diluluskan mencecah RM378.5 bilion dan FDI menyumbang RM170.4 bilion daripadanya.

Namun, hanya 1.3 peratus mengalir ke sektor getah dan tayar dan Continental yang sudah setengah abad lamanya melabur di sini tidak pernah langsung diumumkan untuk menerima sebarang pelanjutan insentif bersasar.

Kerajaan Lebih Banyak Melayan Drama Politik Sesama Sendiri

Sikap kerajaan yang lebih cenderung untuk bermain politik sehingga ada menterinya yang mengambil cuti untuk memfokuskan kepada politik partinya sendiri nyata menampakkan begitu lemahnya barisan kabinet sedia ada ini untuk menjadi kerajaan.

Mereka seakan-akan mencampur-adukkan hal dalaman parti dengan tugasan sebagai kerajaan hingga menyebabkan banyak isu besar yang perlu ditangani oleh kerajaan gagal dilaksanakan dengan baik.

Mana-mana individu atau kumpulan yang lantang mengkritik mereka dengan pantasnya ditahan untuk siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas alasan menggugat keharmonian awam.

Sedangkan tindakan ini hanya berbentuk ancaman kepada rakyat yang kononnya didakwa tidak patuh kepada kerajaan memandangkan mereka mahu menyekat segala saluran yang menampakkan mereka lemah dan tidak meyakinkan rakyat.

Jika kerajaan terus berkelakuan begini, sudah pasti pada pilihan raya akan datang mereka akan mendapat penghakiman yang besar daripada rakyat.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kemalangan kenderaan berat

Mana Janji Anthony Loke Tubuhkan Pasukan Petugas Khas Untuk Tangani Isu Keselamatan Kenderaan Berat?

Next Post
speed limiter

Sejak 2016 Sudah Dicadangkan Pasang “Speed Limiter” Pada Bas

Related Posts