Jalur Gemilang Terbalik: Pemuda BERJASA Kecam DAP Sebagai Anti-Nasional

jalur gemilang

Insiden pemasangan Jalur Gemilang terbalik yang berlaku di Port Dickson nyata membangkitkan kemarahan orang ramai.

Rakyat melihat isu ini sudah banyak kali berlaku dan sudah muak dengan terjadinya kesalahan yang sama.

Saban tahun ada isu yang serupa malahan lebih menggeramkan apabila isu ini hanya dipandang ringan sahaja tanpa dikenakan sebarang hukuman yang tegas terhadap pelaku.

Lebih menjengkelkan apabila ada ahli politik daripada DAP menyarankan agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan satu prosedur operasi standard (SOP) untuk pemasangan Jalur Gemilang yang betul.

Kenyataan itu dilihat langsung tidak patut dikeluarkan memandangkan Jalur Gemilang sudah lama berkibat di Malaysia sejak bermulanya zaman kemerdekaan dan pembenguk persekutuan Malaysia pada 1963.

Maka mengapa perlukan SOP pemasangan sedangkan Jalur Gemilang sudah lama wujud dan terpapar di pelbagai platform sama di platform digital dan bahan bercetak.

Rakyat Malaysia tidak sebodoh itu untuk tidak mengenali Jalur Gemilang dengan lebih dekat maka tiada keperluan SOP itu diperkenalkan oleh kerajaan.

Bukan itu sahaja malahan seorang lagi ahli politik daripada DAP iaitu ADUN Lukut, Choo Ken Hwa mengatakan individu yang memasang Jalur Gemilang secara terbalik adalah seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami cacat akal.

Hal ini tidak dipastikan kesahihan dakwaan itu sama ada benar atau salah tetapi alasan OKU sudah banyak digunakan untuk menutup kesalahan berat yang terjadi seperti isu kemalangan melibatkan pemandu mabuk.

Pemuda BERJASA Kecam Sikap Ambil Mudah DAP

Ketua Pemuda BERJASA, Meor Azim mengecam pendirian DAP yang mengambil mudah tentang isu ini dan menggambarkan mereka sebagai anti-nasional.

Jalur Gemilang merupakan panji tertinggi di Malaysia dan memberikan respon yang begitu mudah menampakkan mereka tidak serius dalam melihat isu ini.

Mereka seakan tidak sensitif dan langsung tidak membangkitkan isu 3R apabila terjadi kejadian ini.

Insiden ini sudah lama berlaku dan mereka sepatutnya tampil dengan cadangan yang lebih progresif dalam memastikan insiden ini tidak berlaku lagi.

Perancangan untuk menghasilkan SOP adalah idea yang pelik kerana semua orang sudah tahu bentuk bendera kebangsaan ini.

Apa yang perlu dicadangkan adalah kerajaan wajar kenakan hukuman yang serius kepada pelaku yang melakukan kesalahan ini dengan memasukkan hukuman ini di bawah 3R.

Angkat Identiti Jalur Gemilang, Lancarkan Kempen #KibarDenganBangga

Meor Azim yang mewakili Pemuda BERJASA menyarankan agar kerajaan mengemaskini akta dan garis panduan pengibaran Jalur Gemilang bagi memastikan rakyat cakna dengan apa hukuman yang bakal dikenakan jika melakukan kesalahan ketika memasang bendera ini.

Bukan itu sahaja malahan wajar juga diberikan latihan dan audit bulanan kepada semua agensi kerajaan, sekolah mahupun syarikat badan berkanun (GLC) mengenai protokol pemasangan bendera terutama menjelang bulan Ogos.

Pemuda BERJASA turut melihat kempen #KibarDenganBangga boleh dianjurkan oleh kerajaan dalam usaha untuk mendidik rakyat terutamanya belia agar cara pemasangan dapat dibuat dengan buat tanpa ada kesilapan sedikit pun.

Di era serba canggih ini juga dengan adanya kemudahan kecerdasan buatan (AI) dan AI chatbot, wajar diperkenalkan aplikasi yang membolehkan rakyat mengajukan aduan berkenaan kes pemasangan Jalur Gemilang terbalik jika didapati ada bukti bergambar yang kukuh.

Kerajaan sebenarnya mempunyai pelbagai alternatif untuk mengenakan hukuman yang berat kepada pesalah dan terpulang kepada kerajaan untuk mempunyai “political will” dalam mengatasi isu ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
jalur gemilang terbalik

Jalur Gemilang Terbalik: DAP Anti-Nasional, Bodoh Minta KPM Sediakan SOP Pasang Jalur Gemilang

Next Post

Pembebasan Palestin: Pendirian Kerajaan Setakat Mana?

Related Posts